Home| Kenali Kucing Anda | Tips Kucing |Galeri Kucing | Galeri Kucing 2 |Contact |



Kenali Kucing Anda

Memilih kucing kesayangan

Andainya anda mencari kucing yang sesuai untuk dijadikan haiwan pemeliharaan, anda mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran membuat pilihan. Sebab kini terdapat kira-kira 40 baka kucing dan lebih kurang 500 jenis kucing yang berlainan. Secara amnya terdapat 4 kumpulan kucing yang utama, kucing berbulu panjang, kucing berbulu pendek, kucing siam dan kucing berbulu pendek asing. Di Malaysia, baka kucing berbulu panjang seperti kucing Persia lebih popular kerana ia amat cantik.

Walau apapun, setiap baka kucing adalah berbeza dari segi pembawaan dan tabiat. Jadi lebih baik untuk mengetahui baka mana yang lebih sesuai dengan diri anda sebelum membuat pilihan. Sesetengah pemilik kucing lebih menggemari kucing tempatan kerana kucing tempatan lebih riang, manja, setia dan seronok diajak bermain.

Adakah jantina kucing satu persoalan ?

Sama ada memilih baka jati atau tempatan, persoalan yang sering timbul ialah jantina kucing. Sebagai contoh, kucing jantan agak manja tetapi suka merayau-rayau untuk tempoh yang lama dan cenderung bergaduh dengan kucing yang lain. Kucing betina sebaliknya jarang merayau walaupun manja.

Di mana hendak mendapatkan kucing ?

Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) di Malaysia biasanya mempunyai kucing yang memerlukan tuan yang penyayang. Anda boleh menghubungi mereka di 03-4565312.Sekiranya anda lebih menggemari kucing pedigri dan ingin mengenali sesuatu baka dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi Kelab Kucing Malaysia di 03-87366408.Walau apapun pilihan anda, pastikan kucing itu sihat.Setiasalah pilih kucing yang aktif, dengan mata yang ceria dan bulu yang bersih berkilau.
Memahami Keperluan Si Comel

Pemakanan
Si comel memerlukan set perkakas makan tersendiri-sebuah mangkuk untuk makanan dan sebuah lagi untuk air. Ia perlu bersih dan dicuci beransingan daripada minggan mangkuk anda. Si comel juga lebih sesuai dibiarkan makan di sudut yang senyap, jauh dari dulang kumbahannya.

Tiang Menggaru

Sediakan tiang menggaru untuk mencegah si comel daripada menggaru perabut anda. Ia sebaiknya dibuat daripada kayu dan dilapik dengan hamparan atau tali dengan tapak yang kukuh dan cukup tinggi agar si comel dapat menggaru dengan sepuasnya.

Alat mainan
Seperti juga dengan kanak-kanak, benda-benda murah seringkali memberi lebih kepuasan bermain seperti gelendong benang yang lama, beg kertas yang besar, malah kaki anda sekalipun.

Katil
Sediakan katil, bakul atau kotak yang lembut, yang dinaikkan sedikit dari aras lantai, di sudut yang cerah tetapi tidak berangin. Si comel tidur hampir 75% daripada masanya, jadi tempat tidur haruslah selesa untuk mencegahnya daripada berbaring di kerusi atau katil anda.


Perselisahan
Jangan sekali-kali memukul si comel sebab ini akan menyebabkannya keresahan. Jika si comel enggan mematuhi arahan, pancutkan sedikit air dengan pistol mainan. Si comel tidak akan menyedari sumber airnya dan tidak akan mengaitkan anda dengan hukuman tersebut, jadi ia akan tetap manja dengan anda.

Memahami Keperluan Kesihatan Si Comel

Mendandan
Si comel berbulu panjang perlu diberus setiap hari, ini bukan sahaj menguatkan ototnya malah membantu mencegah bulu kekusutan. Si comel yang pendek bulunya juga harus dibelai dengan tangan yang lembap untuk memelihara bulunya agar berkilat.

Kutu
Si comel mungkin mempunyai kutu jika kerap menggaru dan menggigit dirinya. Ada banyak rawatan yang mudah dan produk untuk menangani masalah ini tetapi jika kurang pasti, dapatkan nasihat doktor haiwan.Jangan lupa bersihkan tempat tidur si comel dan kawasan sekitarnya. (Petua mak : Satu liter air dan satu sudu cuka makan untuk hilangkan kutu)

Kebersihan
Pastikan kebersihan dengan mencuci mangkuk makanan dan membuang makanan yang tidak dimakan selepas tempoh yang agak lama.

Suntikan
Pada usia 6-12 minggu, si comel perlu disuntik untuk mencegah Feline Infectious Enteritis dan penyakit pernafasan. Suntikan tahunan dapat memastikan si comel mendapat perlindungan berterusan.

Jangkitan Telinga
Jika si comel menggeleng kepala dan menggaru telinganya, lihat sama ada terdapat benda asing. Jika ia berbau, atau hadirnya butiran hitam yang kecil, segera dapatkan nasihat doktor haiwan.

Sakit Mulut
Kehadiran tartar pada gigi boleh menyebabkan sakit gusi, pemborokan dan gigi longgar. Ini akan menjejaskan selera makannya taua si comel terpaksa mengunyah di sebelan mulutnya sahaja. Kalau ini berlaku, si comel memerlukan rawatan doktor gigi. Dalam kes kecemasan, lumutkan mulutnya dengan larutan garam cair.

Tempoh bunting kucing adalah lebih kurang antara 63 hingga 66 hari.

Bagaimanakah anda mengenali kucing yang bunting ?

Anda tidak akan mengetahuinya dengan segera sebab tanda-tanda kebuntingan hanya akan muncul selepas kira-kira 3 minggu. Di peringkat ini, anda akan mendapati putting kucing lebih menyerlah dan selera makannya bertambah. Pada minggu keempat dan kelima, perutnya lebih membonjol. Di peringkat ini, ia harus diberi satu hidangan tambahan. Kucing anda akan akan kehilatan lebih bunting pada minggu keenam, dan seleranya juga akan bertambah. Makanan yang mudah hadam dan berkhasiat harus diberikan. Sepanjang tempoh buntingnya pastikan kucing anda sentiasa tenang dan galakkan ia supaya bersenam dengan bermain. Sediakan juga tempat beranak yang sesuai pada minggu ketujuh. Ia boleh dibuat daripada kotak kadbod dan timbunan suratkhabar lama di tempat yang agak tersorok di dalam rumah.

Mengenali tanda-tandanya

Beberapa hari sebelum beranak, suara kucing anda akan berubah secara dramatik. Semakin dekat harinya untuk beranak, ia akan hilang selera makan dan asyik terbaring untuk mencari kedudukan yang sesuai. Proses beranak tidak memerlukan sebarang bantuan; kecualilah jika berlaku sesuatu yang tidak kena, hubungilah doktor haiwan dengan segera.Pada amnya, ibu kucing mampu beranak dengan sendiri; melahirkan seekor anak kucing setiap 5 minit atau lebih. (sesetengah kucing mengambil masa yang lebih lama,tidak corak yang tetap).


Keibuan dan kucing anda

Anak kucing semakin manja dan memerlukan lebih tumpuan apabila ia kian membesar. Selera makannya juga semakin bertambah, dan ibu kucing mungkin mengalami tekanan penyusuan. Untuk menjaga kesihatan kucing anda, berikannya sehingga 4 hidangan sehari, bekalan air yang bersih sepanjang masa