Home| Kenali Kucing Anda | Tips Kucing |Galeri Kucing | Galeri Kucing 2 |Contact |



Latar Belakang




Pada masa ini terdapat banyak baka kucing didunia telah dinamakan mengikut nama daerah atau negara seperti Siamese, Burmese, Korat, Egyption Mau, Balinese, Javanese, Scottish Fold, Japanese Bobtail, Rex ( Devon, German & Cornish Rex ), British Shorthair, American Shorthair dan bermacam-macam lagi. Ide untuk mengadakan baka kucing baru yang boleh diiktiraf seluruh 'dunia kucing' telah bermula pada tahun 1994. Selepas mendapat pandangan dari beberapa Hakim Kucing Antarabangsa dari Gabungan Kelab Kucing Antarabangsa ( FIFe ), KKM telah meyakin diri untuk memulakan projek baka ' Kucing Malaysia ' Presiden FIFe, Puan Alva Uddin, telah mencadangkan beberapa panduan serta standard untuk baka Kucing Malaysia. Kelab Kucing Malaysia ( KKM ) adalah wakil tunggal Asia yang menjadi ahli kepada Gabungan Kelab Kucing Antarabangsa atau Federation Internationale Feline ( FIFe ) dan pada bulan Mei 1996 FIFe telah mengadakan persidanganya di Kucing, Sarawak. Ini merupakan kali pertama persidangan ini diadakan diluar Eropah. Memandangkan peri mustahaknya Malaysia mempamerkan gambaran yang terbaik serta komitmen yang teguh, Kelab Kucing Malaysia telah berusaha dan berjaya mendapatkan jasa baik Dato' Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia sebagai Penaung Persidangan kali ini. 'Kucing Malaysia' telah diperkenalkan kepada wakil-wakil persidangan pada Jamuan Makan Malam sempena persidangan FIFe di Kucing Sarawak dan telah mendapat sambutan yang menggalakan dari kesemua delegasi


Objektif

Pembentukkan Baka Kucing Malaysia adalah untuk :

  1. Meningkatkan prestij negara
  2. Menghapuskan tanggapan Barat terhadap rakyat Malaysia yang kononnya tidak menyayangi kucing. Ada yang masih berpendapat bahawa kita di Malaysia hanya suka memakan kucing dan haiwan ini dibiarkan hidup sensara dan melarat tanpa mendapat kasih sayang dari pemiliknya.
  3. Mempunyai Baka Tulen (Pedigree) sendiri.
  4. Meningkatkan peluang industri haiwan perliharaan kucing di Malaysia. Membuka pasaran makanan kucing, penjualan anak-anak kucing, aksesori serta bahan penjagaan kucing.
  5. Mengeksport kucing berbulu pendek terutama sekali Baka Kucing Malaysia.
  6. Menyemai rasa kasih sayang terhadap haiwan perliharaan dikalangan rakyat Malaysia.


Home| Kenali Kucing Anda | Tips Kucing | Penyakit Kucing | Galeri Kucing | Galeri Kucing 2 |Contact |
Read my Dreambook guestbook!
Sign my Dreambook!
Dreambook